Terkini

Sabtu, 19 Mac 2016

Penajaan Biasiswa JPA Hanya Diberi Untuk Pengajian Dalam Negara

azalina-othman-jpa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagaimana yang didakwa Pembangkang.

Jelas beliau, pihak kerajaan pada 2016 telah memperuntukkan sebanyak RM1.65 bilion bagi menanggung penuntut menerusi biasiswa itu.

Beliau turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempolitikkan isu ini dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat.

Tambah beliau lagi, kerajaan tidak pernah mengenepikan soal pendidikan untuk rakyat negara ini dan sentiasa berusaha menambah baik segala kekurangan yang ada. 

Azalina berkata, walaupun kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat penjimatan RM240 juta daripada langkah itu, namun penajaan untuk penuntut terlibat tetap diteruskan.

Penajaan itu bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi di dalam negara seperti yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari lepas.

Azalina berkata, kerajaan masih meneruskan penajaan menerusi biasiswa tajaan JPA kepada seramai 49,060 penuntut yang terdiri daripada 41,324 penuntut di dalam negara dan 7,736 penuntut di luar negara.

Beliau berkata, kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai Program Tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.