Terkini

Khamis, 17 Mac 2016

Tiada Keperluan Catu Bekalan Air Seluruh Negara Buat Masa Ini

maximus-ongkili

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata, kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk melakukan catuan air ekoran fenomena El Nino yang melanda seluruh negara sekarang.

Beliau berkata, untuk mengelak sebarang keadaan di luar jangkaan, pihaknya akan terus memantau paras air di empangan yang terdapat di setiap negeri.

Jelas beliau lagi, setakat ini pihak kerajaan belum menerima sebarang permohonan dari kerajaan negeri untuk mengadakan catuan bekalan air.

Ketika bercakap kepada peberita di Parlimen hari ini, beliau menjelaskan terdapat beberapa buah negeri di mana paras air empangannya berada di bawah pemantauan kerajaan seperti di Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan menghadiri mesyuarat di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah kekurangan air ketika cuaca panas dan kering.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.