Terkini

Rabu, 16 Mac 2016

Bekalan Air di Johor Masih Mencukupi Setakat Ini - SAJ

mb-johor-saj

JOHOR BAHRU: Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd (SAJ) hari ini mengeluarkan satu kenyataan bahawa paras air dibeberapa empangan negeri ini masih dapat membekalkan air bersih kepada orang ramai.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), Jamaluddin Jamal berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang dengan situasi bekalan air buat masa ini berikutan fenomena El Nino yang melanda seluruh negara.

Jelas beliau, melalui tinjauan yang dibuat mendapati paras air disemua empangan yang ada masih berada dalam keadaan stabil dan mencukupi untuk menampung keperlua pengguna air di Johor.

Bernama melaporkan, paras air di Empangan Sungai Lebam merekodkan paras 10.48 meter, iaitu di bawah paras kritikal iaitu 12.27 meter manakala Empangan Upper Layang merekodkan paras 20.88m berbanding 23.50m paras kritikal.

Jamaluddin berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan ke atas dua empangan iaitu Empangan Sungai Lebam dan Empangan Sungai Layang yang paras airnya dikatakan berada pada paras kritikal.

Selain itu, Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhemah menggunakan air terutama sekali bagi penduduk di kawasan yang terlibat dengan catuan air air seperti di Pasir Gudang.

Beliau juga turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah panik dan mempercayai maklumat tidak tepat mengenai masalah air yang diviralkan menerusi media sosial seperti Facebook.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.