Terkini

Selasa, 15 Mac 2016

Projek Pemindahan Bekalan Air Mentah ke Empangan Sungai Layang Dipercepat

Ismail-Karim-Johor

KOTA TINGGI: Tidak mahu berlengah dan bimbang berlaku masalah keputusan bekalan air di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya yang boleh berlaku pada bila-bila masa, kerajaan negeri Johor semalam telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pelaksanaan Projek Pemindahan Bekalan Air Mentah (Pamer) ke Empangan Sungai Layang.

Menerusi satu kenyataan kepada Bernama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim memberitahu, sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kos projek RM100 juta akan digunakan untuk kerja-kerja awal termasuk kajian dan pelan reka bentuk projek.

Dalam kenyataan itu juga, beliau menjangkakan kerja-kerja awal untuk perlaksanaan projek tersebut akan mengambil masa dua hingga tiga bulan.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja ini termasuk menyediakan pelan projek, pemetaan dan melantik kontraktor bagi menyiapkan projek berkenaan.

"Kerajaan negeri akan mendahulukan RM100 juta dan ia akan dibayar balik melalui pembayaran hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

"Sekarang ini, hutang kerajaan negeri antaranya membuat rumah mampu milik dan kerja-kerja lain, jadi hutang itu akan ditukar kepada (nilai) projek ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pengoperasian projek bekalan awal air mentah Pamer ke Empangan Sungai Lebam di sini.

Pada 6 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerja sehari ke Johor mengumumkan bahawa kerajaan pusat telah meluluskan projek berkenaan.

Bagaimanapun, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan projek itu akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri terlebih dahulu supaya ia dapat dilaksanakan dengan segera.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.