Terkini

Rabu, 2 Mac 2016

Teori Harga Barang Naik Disebabkan Harga Minyak Rafizi 'Ke Laut'

Harga-Barang-Naik

Sudah beberapa kali harga bahan api di Malaysia mengalami penurunan ekoran dari kejatuhan harga minyak mentah dunia sejak akhir-akhir ini.

Namun demikian, harga barang keperluan pengguna tetap tidak berubah malah semakin tidak masuk akal akibat sikap peniaga dan pemborong yang tamak kerana mahu mengaut keuntungan secara berlebihan.

Menurut ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali berkata, teori retorik Pembangkang terutama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa kononya harga barang keperluan naik disebabkan harga minyak yang dijajanya selama ini ternyata tidak berasas.

Jelas beliau lagi, Rafizi dan pemimpin parti pembangkang lain perlu berhenti mengelirukan rakyat dengan menyebarkan pelbagai dakyah berkenaan polisi kerajaan kerana kebenaran akhirnya akan terungkai.

Dr Noor Azmi berkata, dalam mengatasi masalah kenaikan harga barang, pemborong dan peniaga seharusnya mengambil sikap lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam memastikan keuntungan diambil tidak melampau.

Menurutnya, pihak kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau lebih ketat dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar setiasa berhemah dalam hal mengurus perbelanjaan harian dan mencari alternatif lain seperti ceburi bidang pertanian kecil-kecilan di rumah untuk menampung keperluan harian sendiri.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.