Terkini

Khamis, 3 Mac 2016

Dijangka Lebih Sejuta Pelancong China Masuk ke Johor Selepas Perlaksanaan e-Visa

Pelancong-China-Johor

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menjangkakan kedatangan pelancong China masuk ke negeri ini akan meningkat 10 peratus tahun ini setelah program visa elektronik (e-Visa) serta maklumat dan pendaftaran pelancongan elektronik (ENTRI) dilaksanakan.

Menurut Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tan Siew Kiong berkata pihaknya amat mengalu-alukan itu memandangkan pelancong China adalah pasaran ketiga terbesar Johor.

Katanya, menerusi program ini nanti, ia dapat menggalakkan lebih sejuta rakyat China yang menetap atau berniaga di Singapura melancong ke Johor.

Menurut perangkaan, seramai 628,087 pelancong China berkunjung ke Johor pada tahun 2014 dan 313,939 lagi dari Januari hingga Jun tahun lalu.

Tambah beliau, pihaknya akan menggalakan pengusaha pelancongan tempatan supaya dapat menyediakan pekej pelancongan yang menarik bagi menggamit kehadiran pelancong dari luar berkunjung ke Johor.

Beliau juga optimis dengan kegiatan promosi pelancongan yang lebih agresif di China dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Tembok Besar itu ke Johor untuk menikmati segala keindahan yang terdapat di negeri ini.

E-visa dan ENTRI dilancarkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Beijing, China semalam. Untuk masuk ke Malaysia bermula semalam hingga 31 Disember ini, pelancong China boleh memohon visa secara dalam talian dan mencetak sendiri e-visa.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.