Terkini

Jumaat, 4 Mac 2016

Warga Emas 99 Tahun Antara Penerima BR1M di Kluang

md-jais-br1m

KLUANG: Seramai 2,121 penerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tanpa mengira fahaman politik sekitar Parlimen Kluang hadir di Kompleks Pekan Rabu untuk menunaikan baucer wang tunai masing-masing, di sini, hari ini.

Majlis penyampaian wang bantuan yang dibuat pada sesi pagi dan petang itu difahamkan untuk penerima yang layak tetapi tidak memliki akaun bank.

Upacara perasmian dan penyerahan BR1M  telah disepurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Johor, YB Tuan Hj Md Jais Bin Sardy.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menasihatkan kepada penerima bantuan yang layak supaya memanfaatkan wang pemberian tersebut sebaik-baiknya.

Menerusi status laman Facebook miliknya, beliau turut menzahirkan rasa terkejut apabila mengetahui salah seorang penerima wang BR1M warga emas dari Simpang Renggam, Chong Moi yang kini berusia 99 tahun.

md-jais-br1m-99

Pada pembentangan Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000; kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.