Terkini

Rabu, 2 Mac 2016

Najib Yakin Keputusan Tun M Keluar Umno Tidak Beri Kesan Besar Pada Parti

mahathir-najib-umno

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menyatakan perasaan tidak terkejut dengan tindakan terbaru Dr. Mahathir keluar dari Umno buat kali kedua setelah gagal menggugat kedudukanya sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat Dr. Mahathir itu tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang kini menjadi keutamaan.

Najib juga berharap agar setiap ahli dan kepimpinan Umno terus fokus kepada perjuangan dan agenda parti supaya lebih kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Dalam satu kenyataanya kepada Bernama, Najib turut menjelaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir keluar parti kali ini tidak akan memberi kesan yang besar seperti mana tindakan bekas perdana menteri itu keluar Umno buat kali pertama semasa zaman Pak Lah.

Namun demikian, Najib tidak menghalang mana-mana pemimpin Umno yang mahu mengikut jejak langkah Tun Mahathir kerana beliau percaya pemimpin yang setia tetap komited dalam menjaga keutuhan Umno bersamanya.

Dr Mahathir pada 29 Februari lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Dr Mahathir menyertai semula Umno pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Assalam Bro,kita tunggu dan lihat.....

    BalasPadam
  2. Wasalam...yup kita tunggu dan lihat sama-sama

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.