Terkini

Rabu, 2 Mac 2016

Peneroka Felda Diminta Jaga Tanah Yang Diberi Sebaiknya

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan seluruh peneroka Felda agar tidak menggadai, memajak atau menjual tanah milik mereka atas apa alasan sekalipun.  Menurut beliau, peneroka Felda hanya boleh menjual tanah mereka sekiranya ia melibatkan kes-kes tertentu seperti pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan umum.  Beliau turut menyeru peneroka Felda agar menghargai titik peluh mereka ke atas tanah yang diusahakan selama ini.  Memetik sumber Awani, Mohamad Hasan berkata, kerajaan akan memastikan tanah milik peneroka Felda ini tidak sama sekali dipajak, digadai dan dijual kepada pihak luar melalui beberapa sekatan tertentu.  "Ia adalah hasrat kerajaan dan pemimpin terdahulu iaitu Tun Abdul Razak(Perdana Menteri kedua) yang mahu melihat pemilikan tanah di kalangan orang Melayu semakin bertambah," katanya.  Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis penyerahan geran hak milik kepada 259 peneroka Felda Raja Alias 3 di sini, hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan seluruh peneroka Felda agar tidak menggadai, memajak atau menjual tanah milik mereka atas apa alasan sekalipun.

Menurut beliau, peneroka Felda hanya boleh menjual tanah mereka sekiranya ia melibatkan kes-kes tertentu seperti pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan umum.

Beliau turut menyeru peneroka Felda agar menghargai titik peluh mereka ke atas tanah yang diusahakan selama ini.

Memetik sumber Awani, Mohamad Hasan berkata, kerajaan akan memastikan tanah milik peneroka Felda ini tidak sama sekali dipajak, digadai dan dijual kepada pihak luar melalui beberapa sekatan tertentu.

"Ia adalah hasrat kerajaan dan pemimpin terdahulu iaitu Tun Abdul Razak(Perdana Menteri kedua) yang mahu melihat pemilikan tanah di kalangan orang Melayu semakin bertambah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis penyerahan geran hak milik kepada 259 peneroka Felda Raja Alias 3 di sini, hari ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.