Terkini

Rabu, 2 Mac 2016

Keputusan Samada Muhyiddin Kekal Atau Keluar Umno Ditentukan Khamis Ini

muhyiddin-keluar-umno

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa dilaporkan akan membuat pengumuman dalam satu sidang media mengenai kedudukanya samada kekal atau mengikut jejak langkah bosnya keluar dari Umno Khamis ini.

Dalam sidang media itu nanti beliau akan memberi penjelasan berhubung perkara berkaitan dengan penggantungnya serta isu-isu lain melibatkan dirinya.

Berkata kepada pemberita selepas pulang ke tanah air dari lawatanya ke Vietnam, Muhyiddin menjelaskan bahawa kedudukanya buat masa ini masih kekal bersama Umno.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada ratusan penyokong tegar beliau kerana terus memberikan sokongan dan sanggup menunggu kepulanganya.

Pada Jumaat lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno telah bermesyuarat dan sebulat suara untuk menggantung jawatan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno sehingga pemilian parti akan datang.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. UMNo_ok....

    Hancur gara2 PM RM2.6 Billion!!!

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.