Terkini

Selasa, 22 Mac 2016

Nasi Lemak Antara 10 Sarapan Pilihan Antarabangsa Paling Sihat

nasi-lemak-antarabangsa

Makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah TIME.

Menurut majalah itu, walaupun nasi lemak sering dilabel sebagai makanan berlemak ia mengandungi pelbagai nutrisi yang paling diperlukan tubuh.

“Memang ia mengandungi kandungan lemak lebih daripada apa yang kita perlukan (kurangkan pengambilan nasi) tetapi makanan itu adalah sarapan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi termasuk manganese, protein dan karbohidrat.

“Kandungan cili dalam sambal (nasi lemak) boleh membantu meningkatkan metabolisme,” majalah TIME memetik sumber itu sebagai berkata.

Selain nasi lemak, sarapan dari Turki yang kaya dengan tomato, keju dan telur turut mendapat perhatian majalah itu.

Turut tersenarai ialah sarapan dari Israel yang mengandungi sumber nutrisi berkhasiat.

Bukan itu sahaja, sarapan dari Jepun yang kaya dengan hidangan sampingan dan dinikmati dengan nasi serta sup tulang dari Vietnam turut dipilih sebagai sarapan paling sihat oleh majalah itu.

« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.