Terkini

Selasa, 22 Mac 2016

Dua Letupan Bom Di Brussels Ragut Puluhan Nyawa Orang Awam

Brussels-Boombing

BRUSSELS : Sumber AFP melaporkan sekurang-kurangnya 20 maut manakala 55 lagi cedera dalam serangan di sebuah stesen transit bawah tanah di sini. Datuk Bandar Brussels, Yvan Mayeur mengesahkan perkara tersebut.

Sumber Reuters pula melaporkan seramai 34 orang maut manakala puluhan yang lain cedera di dalam kejadian letupan di Lapangan Terbang Brussels, Belgium dan stesen metro hari ini

Dalam dua kejadian malang yang meragut banyak nyawa itu berlaku pada waktu sesak ketika ratusan penumpang sedang menguruskan kemasukan mereka ke balai berlepas.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas suspek utama, Salah Abdeslam, yang dikatakan memimpin serangan di Paris, November, tahun lalu, ditahan di Brussels.

Berikutan kejadian itu, semua penerbangan di lapangan berkenaan dibatalkan.

Jurucakap, Anke Fransen, berkata dua letupan berlaku di dewan berlepas dan pasukan bantuan kecemasan sudah berada di tempat kejadian.

Sejurus selepas kejadian itu, orang ramai digesa untuk menjauhkan diri dari lapangan terbang. Lapangan terbang itu juga ditutup buat masa ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.