Terkini

Rabu, 23 Mac 2016

Filem Munafik Pecah Rekod Perfileman Malaysia Dengan Kutipan RM17 Juta

syamsul-filem-munafik

KUALA LUMPUR : Setelah 26 hari ditayangkan di pawagam seluruh tanah air, filem Munafik arahan Syamsul Yusof telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM17 juta sejak filem tersebut mula ditanyangkan pada akhir Febuari lalu.

Syamsul yang juga seorang filem terkenal tidak menyangka filem arahanya itu telah berjaya memecah rekod perfileman Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Dengan izin ALLAH ,filem kerdil ku, Munafik telah pecah rekod perfileman Malaysia, Singapore, Brunei.

“Alhamdulillah. Masih hangat di pawagam sekarang. Ada lagi dua minggu di pawagam,” katanya menerusi status laman sosial Facebook miliknya.

Menurut Syamsul, jauh di sudut hatinya untuk melihat filem islamik dakwah dilihat sebagai antara filem yang berjaya di negara ini.

Filem Munafik yang juga filem ke-39 terbitan Skop Productions mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam, yang tidak dapat menerima hakikat apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Antara pelakon yang turut membintangi filem ini ialah Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.