Terkini

Selasa, 22 Mac 2016

Nilai Pasaran Banglo Mewah Milik Guan Eng Mencecah Hampir RM4.3 Juta

guan-eng-banglo-mewah

GEORGETOWN : Pemuda Umno Pulau Pinang dalam satu kenyataan kepada media semalam mendedahkan nilai sebenar banglo yang dibeli Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn ialah RM4.27 juta.

Menurut Rafizal Abdul Rahim, perkara itu terkandung dalam notis taksiran pindah milik harta tanah Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada ketua menteri Pulau Pinang itu, Ogos lepas.

Rafizal yang juga ketua pemuda Umno Pulau Pinang berkata, dalam notis pindah milik harta tersebut menyatakan bahawa Lim Guan Eng perlu membayar duti setem sebanyak RM122,100 berdasarkan nilai pasaran rumah itu ialah RM4.27 juta.

Semalam, Lim, ketika membawa pemberita melawat rumahnya, dilapor berkata beliau tidak mengetahui nilai pasaran banglo dua tingkat yang dibeli dengan harga RM2.8 juta itu kerana beliau bukan ejen hartanah.

Jelas Rafizal lagi, adalah tidak masuk akal sebagai Ketua Menteri dan Ahli Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan tidak tahu nilai harga pasaran sebenar rumah yang dibelinya itu.

Pembelian rumah banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Terbaru, pelbagai pihak tampil termasuk Pemuda Pas mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu bercuti daripada menjalankan tugas sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu dakwaan rasuah dan penyelewengan yang dihadapinya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.