Terkini

Sabtu, 5 Mac 2016

Mesyuarat Tergempar Bincang Isu Pemecatan Muhyiddin Tidak Lama Lagi

muhyiddin-kit-siang

PETALING JAYA: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersekongkol bersama DAP dalam usaha beliau menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengundang tindakan tatatertib yang lebih keras terhadap dirinya termasuk dipecat dari Umno.

Terbaru, Umno dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib bekas timbalan perdana menteri itu bersama beberapa orang lagi pemimpin Umno yamg terlibat dalam kempen menumbangkan kerajaan bersama Pakatan Pembangkang.

Menurut wakil Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hassan Malek, tindakan sekumpulan pemimpin Umno  bersekongkol dengan DAP itu sungguh mengecewakan dan pihak MT tidak lagi boleh bertolak ansur dengan perbuatan khianat mereka.

Beliau berkata, tindakan Muhyiddin dan Shafie menandatangani deklarasi 'Selamatkan Malaysia' amat memalukan parti dan merupakan satu pengkhianatan kepada Umno dan orang Melayu.

Tambah beliau presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

Baru-baru ini, Muhyiddin antara 50 individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad dan Lim Kit Siang menandantangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Tuh  Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Sebelum itu, Muhyiddin digantung tugas kerana didakwa tidak membantu presiden manakala Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan.
« PREV
NEXT »

3 ulasan

  1. Lembablah UMNO ni, nak mesyuarat apa lagi, PECAT je lah...jangan simpan gunting dalam lipatan ni. Dia sendiri cari pasal.

    BalasPadam
  2. Bukan lembab je, perompak perogol hak mutlak.......
    PUNITIF.......

    BalasPadam
  3. Bukan lembab tapi berhemah.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.