Terkini

Ahad, 6 Mac 2016

Johor Bakal Menjadi Pemacu Utama Pembangunan Ekonomi Malaysia

najib-khaled-johor

NUSAJAYA: Tidak mahu sekadar menjadi pemerhati dan penerima pasif limpahan ekonomi Malaysia, kerajaan negeri Johor hari ini terus mengorak langkah ke hadapan dengan melancarkan satu lagi inisiatif yang dipanggil Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ).

Majlis pelancaran PPSJ yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak pada Ahad semalam merupakan satu lagi bukti dan komitmen padu kerajaan negeri Johor dalam menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pertumbuhan ekonomi negeri menunjukkan perkembangan sangat positif sejak tiga tahun kebelakangan  ini sekaligus menjadi pendorong kepada kerajaan negeri untuk terus berusaha melestarikan pertumbuhan ekonomi di setiap daerah yang terdapat di negeri ini.

Beliau turut menegaskan bahawa negeri Johor mesti menjadi pemacu utama dan kuasa baru pembangunan ekonomi Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Di bawah PPSJ, setiap daerah di negeri ini akan dibangunkan mengikut kekuatan masing-masing, berpandukan perancangan yang strategik mengikut kesesuaian potensi setempat.

kluang-hisham-jais-fuad

Antaranya, Kluang akan dikhususkan kepada bidang pembuatan dan pertanian, Muar pula dalam dikhususkan kepada bidang pendidikan dan kemahiran manakala Mersing  pula ditumpukan kepada aktiviti pelancongan dan perikanan.

Bagaimanapun ujar beliau, pelan pembangunan strategik yang bersifat inklusif ini hanya akan menjadi kenyataan sekiranya potensi setiap inci tanah Johor dan bakat setiap warnganya dicungkil dan dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kita tidak boleh hanya berdiam diri tanpa membuat apa-apa dan terus mengaharap kerajaan pusat melakukan segala-galanya"

“Johor memerlukan satu bentuk keunggulan baharu untuk merancakkan kepelbagaian ekonominya.

Malah, aktiviti ekonomi tradisional itu sendiri perlu diberikan sentuhan berlainan bagi memodenkannya.” ujar beliau.

Ketika mengakhiri ucapan beliau berkata, PPSJ adalah hadiah Johor untuk Malaysia, ia menunjukkan bahawa usaha transformasi ekonomi yang dirancang kerajaan persekutuan mesti disokong secara pragmatik dan strategik, bukan dengan retorik.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.