Terkini

Sabtu, 5 Mac 2016

BN Johor Kecam Kerjasama Tun M, DAP Mahu Gulingkan Kerajaan

khaled-najib-umno

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor hari ini mengutuk kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan tanpa menerusi perlembagaan dan pilihan raya.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima dan pada masa sama BN Johor memberi sokongan penuh kepada Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, pihaknya menolak deklarasi rakyat yang ditandatangani itu kerana proses penukaran kerajaan dan pemimpin perlu melalui perlembagaan dan pilihan raya.

"Saya percaya daripada segi pendirian UMNO Johor dan juga BN, kita tahu cara untuk mewujudkan kerajaan adalah menerusi perlembagaan yang memperuntukkan pilihan raya, tiada cara lain untuk tukar atau jatuh kerajaan selain apa yang ada menerusi perlembagaan iaitu melalui proses pilihan raya.

"Oleh itu kita tidak boleh terima apa yang yang dilakukan itu dan pada masa yang sama kita suka nyatakan bahawa BN Johor termasuk UMNO Johor, kita beri sokongan penuh kepada Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Najib Razak," katanya.

Jelas beliau lagi, tindakan Tun Dr Mahathir itu bersama beberapa lagi pemimpin Umno yang lain boleh mengelirukan rakyat kerana seolah-olah menunjukkan bahawa Perlembagaan dan pilihan raya tidak lagi relevan pada mereka.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled menyeru kepimpinan BN disemua peringkat agar dapat memainkan peranan masing-masing memberi penerangan untuk memperbetulkan tanggapan yang tidak betul itu, selain mempertahankan kepimpinan parti.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.