Terkini

Sabtu, 5 Mac 2016

Deklarasi Rakyat Untuk Gulingkan Najib, Bukan Bebaskan Banduan - Tun M

tun-m-deklarasi-rakyat

KUALA LUMPUR: Dekalarasi 'Selamatkan Malaysia' yang ditandatangani bersama pemimpin Pakatan Pembangkang dan beberapa orang 'kecewa' dari Umno mendapat pertikaian dari banyak pihak terutamanya dari penyokong tegar Anwar Ibrahim apabila agenda untuk membebaskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak tersenarai dalam deklarasi tersebut.

Dr Mahathir Mohamad menerusi satu kenyataan mengingatkan penyokong PKR bahawa agenda Pembangkang untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara atas kesalahan meliwat tidak termasuk dalam kempen 'Selamatkan Malaysia' yang dilancarkannya.

Menurut bekas perdana menteri itu, matlamat utama yang dipersetujui menerusi 'Deklarasi Rakyat' yang turut dipersetujui pimpinan pembangkang ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

"Saya kempen untuk rakyat supaya jatuhkan Najib. Anda kena faham...ada gerakan rakyat dan ada gerakan parti," katanya.

"Soal pembangkang tak timbul di sini. Kita berada di sini sebagai rakyat Malaysia.

Dalama pada masa yang sama, Dr Mahathir turut menolak tanggapan kononnya tindakan beliau bersama pembangkang akan menjatuhkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya bukan kempen menolak BN, saya kempen menentang Najib. Tak ada kaitan dengan Umno atau mana-mana parti politik," jelas beliau.

Tindakan Dr Mahathir dan beberapa orang lagi pemimpin Umno bersekongkol bersama DAP untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dipilih rakyat melalui sistem demokarsi yang sah mendapat kecaman banyak pihak.

Menurut penganalisis politik yang mengikuti perkembangan terbaru ini berpendapat tindakan bekas perdana menteri itu bukan bertujuan hendak menyelamatkan negara tetapi untuk menyelamatkan 'projek' kroni-kroninya serta reputasi beliau setelah usahanya untuk menggulingkan Najib menemui jalan buntu.
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. Sudah habis modalkah..............?????
    Balik-balik Tun Det nak menyelamatkan kroni-kroninya.
    Sekarang bukan zaman kroni Tun Det.
    Sekarang zaman kroni NAJIB dan Zahid Komidi.
    Jadi bila macai sebut Tun Det nak selamatkan
    kroni-kroninya, ini memang lawak.
    Macam orang dah habis modal.
    Berpijaklah di bumi yang nyata.
    Zaman Kroni Tun Det dah lama berlalu.
    Sekarang ni nak menyelamatkan Najib, Zahid dan kroni-kroni masing-masing yang hidup bergangtung kepada dedak cap ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu budak2 mana tahu semua ini...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Bagus tun..pembodek ja buat2 tak faham..dah sedap dok jilat

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.