Terkini

Ahad, 28 Februari 2016

Umno Johor Bakal Hadapi Ujian Berat Sebelum PRU14

Khaled-Nordin-cabaran-umno

Keputusan Majlis Tertinggi Umno (MT) menggantung jawatan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno baru-baru ini sedikit sebanyak akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap landskap politik di Johor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mohamed Khaled Nordin mengakui bahawa keputusan yang dibuat oleh MT Umno itu kini menjadi cabaran besar kepada kepimpinan Umno negeri.

Bercakap kepada pemberita, Mohamed Khaled menyeru ahli Umno di setiap peringkat hingga ke akar umbi agar dapat memberi sepenuh tumpuan dan bekerja keras dalam usaha mengukuhkan parti.

Ditanya mengenai pendirian Umno Pagoh menolak penggantungan itu, Mohamed Khaled berkata beliau menyedari langkah itu dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno untuk membuat keputusan.

"Saya belum melihat perkara itu secara rasmi. Tetapi soal mereka menerima atau menolak saya percaya itu urusan Umno Pusat dan bukan dihantar ke Umno Johor.

"Perkara ini dibawah Umno Pusat jadi saya percaya Umno Pusat akan melihat perkara ini dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Johor Baru, Tan Sri Shahrir Samad berkata penggantungan itu bukan satu keputusan yang mudah.

Beliau berkata proses agenda perpaduan akan tertangguh jika seseorang dalam parti terus mengkritik presiden.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Cuma umno PAGOH saja yang menolak usul pemecatan Mahyidin. No hal..............PECAT SAJA UMNO PAGOH!!!
    HAHAHAHA............berani kerana benar.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.