Terkini

Rabu, 24 Februari 2016

Azalina Cabar Muhyiddin Tanding Jawatan Presiden Pada Pemilihan Umno Akan Datang

azalina-mt-umno

Selepas desakan keluar Umno jika tidak mahu setia bersama pimpinan parti yang disuarakan oleh Nazri Aziz tempoh hari. Kini, pendirian yang sama juga turut dinyatakan oleh seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam kenyataan terbaru wakil rakyat dari Penggerang, Johor itu, beliau menggesa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan parti atau bertanding untuk jawatan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Jelas beliau, tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi.

Selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno, beliau turut rasa kecewa dengan tindak-tanduk bekas timbalan perdana menteri itu yang acap kali secara terbuka mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang juga merupakan Presiden Umno.

Baru-baru ini, dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia di Balairaya Taman Intan Duyung, Port Dickson, Muhyiddin dalam satu kenyataanya tanpa rasa bersalah telah mengkritik Najib kerana tidak membenarkan beliau menjalankan tugasnya selaku orang nombor dua dalam parti.

Mengulas kenyataan terbaru Muhyiddin itu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai orang nombor dua dalam parti, Muhyiddin sepatutnya memainkan peranan sebaik mungkin bagi melancarkan kerja-kerja Najib sebagai Presiden.

Beliau turut memberi peringatan kepada Muhyiddin agar patuh dengan dasar dan peraturan parti dan terus setia dengan kepimpinan kerana itu adalah perkara pokok yang menjadi amalan atau tardisi dalam mana-mana parti politik seluruh dunia.

« PREV
NEXT »

3 ulasan

  1. Buat lawak ke minah ni...mcm yakin sgt ke boleh menang..berani ke bos kau tu?..heheee

    BalasPadam
  2. Satu saranan yang bagus..TSMY harus menyahut cabaran ini kalau tidak..

    BalasPadam
  3. Anjing2 perliharaan pemilik RM2.6 Billion!!

    Habuan menantikan anda!!

    Teruskan kebangsatan mu!!

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.