Terkini

Rabu, 3 Februari 2016

Ketua Audit Negara Yakin Lembaga Tabung Haji Mampu Bayar Dividen Tahun Ini

ambrin-ketua-audit-negara

Jabatan Audit Negara hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Lembaga Tabung Haji (LTH) mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendeposit tahun ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang  dalam satu kenyataan kepada media mendapati LTH mampu untuk membuat pembayaran dividen kepada pendepositnya berdasarkan maklumat interim serta kajian semula penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.

Jelas beliau lagi, penentuan kadar dividen adalah terletak di bawah tanggungjawab lembaga Tabung Haji.

Ambrin mengulas laporan baru-baru ini yang mempersoalkan keupayaan dana jemaah haji itu untuk membayar dividen tahun ini selepas kebimbangan mengenai keadaan kewangannya.

Ambrin juga berkata kajian semula penyata pendapatan sebelum dividen diisytiharkan adalah amalan biasa untuk memastikan dasar-dasar perakaunan yang diterima pakai oleh mereka adalah selaras dengan konsep berhemah.

Dilaporkan minggu lalu bahawa Bank Negara telah mengeluarkan surat kepada Tabung Haji mengenai kebimbangannya terhadap tahap negatif rizab dana.

Dalam maklum balasnya, Tabung Haji berkata ia mempunyai wang untuk membayar bonus kepada 8.8 juta pendeposit dan dividen akan diumumkan pada bulan Mac.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.