Terkini

Selasa, 2 Februari 2016

Kerajaan Negeri Johor Jamin Bekalan Makanan Mencukupi Sempena CNY

bekalan-makanan

Tidak sampai seminggu sahaja lagi seluruh rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Untuk memastikan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi pada musim perayaan itu nanti, kerajaan negeri Johor telah membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata kerajaan negeri Johor memberi jaminan bahawa barang keperluan untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina, di negeri ini mencukupi.

Menerusi satu kenyataan kepada Bernama, Tee berkata bagi memastikan tiada penyelewengan harga berlaku, pihaknya sudah mengarahkan 150 pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor memantau harga barangan yang dikawal sepanjang musim perayaan ini.

Katanya, barangan yang akan dikawal termasuk ikan, sayur-sayuran, daging dan buah-buahan seperti limau yang banyak digunakan sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan bermula 6 Februari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan dan bungkusan Tahun Baharu Cina di Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Zaharah, Parit Nipah, di sini,  hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Johor (JUITA), Datin Seri Rosni Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.