Terkini

Selasa, 2 Februari 2016

Kereta Kebanggaan Rakyat Malaysia Naik Harga Febuari Ini

proton-naik-harga-febuari

Berkuat kuasa 15 Febuari ini, Proton Holding akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikkan harga semua kereta Proton keluaranya.

Dalam satu kenyataan kepada media, menurut Proton Holding kenaikkan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model.

Menurut Proton, kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing.

Katanya lagi, penyusutan nilai ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian eko-sistem.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat telah berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan di laman web Proton apabila harga baru berkuat kuasa.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.