Terkini

Selasa, 2 Februari 2016

Johor Sasar Sifar Fakir Miskin Lima Tahun Lagi

noh-gadut-maij

Sasaran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) untuk menjadikan negeri Johor sabagai negeri sifar fakir miskin dalam tempoh lima tahun akan datang dilihat mampu menjadi kenyataan.

Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh penasihatnya iaitu Datuk Noh Gadut kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Dewan Serbaguna Kampung Tenang, kelmarin.

Beliau menjelaskan bahawa MAIJ kini sedang giat menjalankan usaha mencari dan mengenal pasti golongan tersebut melalui Jelajah Asnaf yang diadakan ke seluruh pelusok negeri.

Tambah beliau, untuk membantu golongan ini supaya keluar dari belenggu kemiskinan, MAIJ turut menyalurkan wang kutipan zakat kepada mereka supaya dapat belajar hidup berdikari.

Beliua juga memberi tahu jumlah pengagihan wang zakat ketika ini adalah melebihi jumlah kutipan di mana jumlah agihan pada 2016 dianggarkan sebanyak RM234 juta yang melibatkan 135,600 penerima berbanding hanya RM240 juta yang berjaya dikutip pada 2015.

Bagaimanapun beliau menyatakan bahawa keadaan itu tidak akan menjejaskan usaha MAIJ untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin di negeri ini kerana pihaknya juga masih mempunyai lebihan dana yang boleh digunakan.

Dalam pada itu, berlaku peningkatan ketara tahap kesedaran umat Islam di negeri ini terhadap tanggungjawab membayar zakat yang menyaksikan jumlah kutipan zakat bertambah setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi merealisasikan hasrat MAIJ untuk menjadikan negeri Johor sebagai negeri sifar fakir miskin, pihaknya turut berharap mendapat sokongan dan kerjasama pelbagai pihak terutamanya di peringkat akar umbi agar mengenal pasti golongan memerlukan di kawasan mereka bagi membolehkan bantuan disalurkan
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.