Terkini

Isnin, 1 Februari 2016

Afiq Muiz Buat Pengakuan Sedang Bercinta Dengan Miera Leyana

afiq-Miera Leyana-bercinta

Tidak mahu dianggap sebagai penipu, Afiq Muiz selaku pelakon lelaki yang sedang meningkat naik hari ini membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres seksi Miera Leyana.

Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.

Berkata kepada sebuah portal berita tempatan, Afiq menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang lain berprasangka yang bukan-bukan mengenai status hubungan cintanya dengan pelakon wanita tersebut.

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi" ujarnya.

Afiq berkata demikian bagi mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang menganggap kenyataannya bercinta dengan Miera Leyana bercanggah apabila dinafikan oleh aktres berkenaan.

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia tidak berkecil hati dan menghormati keputusan pelakon wanita berkenaan untuk terus menafikan hubungan istimewa tersebut.

Ketikan menjawab pertanyaan wartawan mengenai rancangannya pada masa hadapan, Afiq menjelaskan bahawa mereka berdua tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan percintaanya ke peringkat seterusnya.

Afiq yang pernah dikaitkan dengan Eina Azman dilaporkan sedang berehat selama sebulan dan akan memulakan pengambaran drama Mr Bos untuk TV3 pada bulan Mac depan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.