Terkini

Ahad, 31 Januari 2016

Rafizi Pertahan Bahri Mohd Zin Berhubung Isu Pembocoran Maklumat SPRM

rafizi-sprm

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media semalam telah memberi amaran keras kepada beberapa buah portal pro Umno agar tidak menyerang Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin kerana ia boleh memakan diri.

Berkata kepada portal berita pro Pembangkang, Rafizi menjelaskan bahawa ancaman terhadap pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.

Ahli Perlimen Pandan turut memberi tahu bahawa serangan terhadap Bahri adalah satu percubaan awal untuk menimbulkan kesangsian terhadap sebarang penemuan atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.

Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa setelah meneliti kertas siasatan SPRM, beliau berpuas hati Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Sehari selepas itu, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan akan membuat laporan polis terhadap beberapa laporan media yang memetik maklumat yang didakwa diperolehi daripada kakitangannya.

Jelas Abu Kassim, laporan polis tersebut dibuat berdasarkan laporan media yang memetik maklumat yang didakwa diperolehi daripada kakitangannya.
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. Syaitan dan iblis memang saling backup membela dan bertolongan. Celaka Rafizi nampak sangat berat sebelah dan ada udang disebalik batu, beria2 benar membela kesalahan Dato Bahri dan pencabulan isterinya terhadap siasatan.

    Kita beri amaran keras pada Rafizi jangan cuba menyokong perlanggaran etika sebagai pegawai siasatan. Hak orang yg disiasat bagaimana? Camputangan bini ke2 nya menyebarkan maklumat palsu berkaitan kes itu pulak boleh pulak disokong?

    Kes Teoh Beng Hock kenapa tuduh sprm bukan2?
    Ini mainan politik kotor PR RAFIZI yg mgkin berkerjasama dengan Pegawai yang bocor dan manipulasi maklumat supaya fitnah dan tuduhan pd PM berjaya?!

    Pengkhianat Rafizi ini. Kerjanya mengupah irang dalam untuk dapatkan maklumat untuk dicanang keluar!

    BalasPadam
  2. Apa2pun fizi, agensi siasatan besar seperti SPRM ada SOPnya. Bukan boleh bertindak ikut lutut atau juih bibir manusia seperti kamu. Pegawai besar seperti bahri sepatutnya lebih memahami SOP dalam menjalankan urusan kerja. Pembelaan kamu kepada bahri seolah2 membayangkan bahawa cara kerja kamu juga tidak berlandaskan SOP. Maka itu, urusan parti pkr selalu berantakan kerana SOP selalu dilanggar sehingga kerusi meja menjadi seperti belon dilambung2 ketika mesyuarat. Tak gitu fizi? Jangan tunjuk bodoh sangat fizi, kamu tu pemegang jawatan utama dalam pkr. Semua tindakan kena pakai SOP. Jika betul niat tetapi SOP dilanggar, ia adalah kesalahan. Apa pilihan kamu menentukan kamu itu BODOH atau CERDIK fizi.

    BalasPadam
  3. Rafizi ni dari dulu lagi bukannya ada apapun idea untuk memartabatkan bangsa, negara dan agama islam, Yang dia tahu cari salah orang dan dapat publisiti murahan.
    Manusia macam Rafizi ni langsung tak ada nilai pada bangsa, negara dan Islam...
    YP PONDAN,,,, eh silap TB PANDAN

    BalasPadam
  4. Semua pegawai penguatkuasa tahu bahawa semua siasatan perlu ikut SOP.
    Semua pegawai penguatkuasa tahu kerja mereka adalah menjalnkan siasatan dan siapkan IP dan kemukakan kepada DPP/AG.
    Kenapa pulu Si Bahri pula yang meroyan...tak tahu SOP sendiri ke... atau afa agenda disebaliknya....

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.