Terkini

Jumaat, 19 Februari 2016

Kerajaan Seru Belia Tempatan Ceburi Sektor Pekerjaan 3D Untuk Ganti Pekerja Asing

pekerja-asing-malaysia

Berita terbaru mengenai pembekuan pengambilan tenaga kerja asing termasuk dari Bagladesh memberi sedikit kelegaan kepada golongan belia tempatan kerana peluang untuk mereka bekerja disektor pekerjaan merbahaya, sukar dan kotor (3D) yang sebelum ini didominasi oleh pekerja asing kembali terbuka.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembekuan pengambilan pekerja asing dibuat setelah perkara ini dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Jelas beliau, penggantungan itu dilakukan sementara kerajaan mengkaji semula pembayaran levi dua tahap untuk pekerja asing.

Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan tahap penguatkuasaan bagi memberkas pekerja asing tanpa izin sedia ada di Malaysia dan menghantar mereka pulang.

Ekoran dari langkah pembekuan pengambilan pekerja asing ini, beliau menggesa pihak majikan di negara ini menggaji pekerja tempatan dalam apa jua sektor termasuk yang berkaitan dengan sektor pekerjaan 3D.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyeru belia tempatan supaya merebut peluang ini.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

Pengumuman itu mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai kebanjiran pekerja asing di negara ini, serta peluang pekerjaan lebih rendah untuk rakyat tempatan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.