Terkini

Khamis, 18 Februari 2016

Kerajaan Putuskan Ganja Kekal Sebagai Dadah Merbahaya

daun-ganja-kluang-today

Kerajaan hari ini membuat keputusan muktamad untuk tidak mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan seorang Ahli Parlimen Belia untuk menghapuskan sekatan undang-undang terhadap penggunaan ganja.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan berkata bahan terlarang tersebut diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya dan boleh membawa masalah besar kepada negara dan masyarakat.

Beliau berkata cadangan oleh Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli, yang juga Ahli Parlimen Belia Selangor adalah pendapatnya semata-mata dan tidak sepatutnya diviralkan di laman media sosial.

Saravanan juga berkata Malaysia sepatutnya tidak boleh dibandingkan dengan negara lain yang membenarkan penggunaan marijuana, seperti Amerika Syarikat dan Australia.


"Kerajaan ada pendirian sendiri mengenai perkara itu dan tindakan membenarkan ganja tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara kita," katanya.

Pada Rabu, seorang wakil Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan mencadangkan supaya kesalahan menghisap ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Beliau berkata bilangan penagih dadah dapat dikurangkan jika kerajaan mempertimbangkan untuk menyelia penggunaan ganja.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.