Terkini

Khamis, 18 Februari 2016

Faktor Gaji Tinggi Jadi Tarikan Belia Tempatan Kerja Dalam Sektor 3D di Negara Jiran

Zulkurnain-Kamisan-Johor

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan dalam satu kenyataan kepada media berkata faktor utama rakyat Malaysia terutamanya golongan belia di negeri ini memilih pekerjaan dalam sektor kerja berbahaya, sukar dan kotor (3D) di Singapura adalah kerana tawaran gaji yang lebih tinggi di sana.

Jelas beliau, masalah kekurangan tenaga kerja tempatan dalam sektor  perkerjaan 3D dapat diatasi sekiranya majikan di negara ini sanggup membayar gaji berpatutan dan memberi beberapa insentif lain bagi menaikkan semangat mereka untuk bekerja.

Dalam pada itu, beliau turut berharap kerajaan pusat dapat mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing masuk ke negera ini agar ia tidak menyekat peluang pekerjaan di kalangan rakyat tempatan.

“Kita perlu mengutamakan kebajikan rakyat kita sendiri dan saya yakin jika ini dipenuhi, lebih ramai golongan belia akan memilih untuk bekerja di dalam negara,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Liga Sepak Takraw Piala Exco Belia dan Sukan Negeri Johor 2016 di Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan media berasingan, Pengerusi bersama Gabungan NGO India Malaysia, K. Arumugam menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,500 untuk pekerjaan di sektor 3D.

Katanya lagi, dengan tawaran gaji bulanan yang munasabah, pekerja tempatan yang bekerja di sektor ini mampu menyara keluarga masing-masing.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengumumkan seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

Pengumuman itu mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai kebanjiran pekerja asing di negara ini, serta peluang pekerjaan lebih rendah untuk rakyat tempatan.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. memang secara relatif gaji tinggi di negara jiran.. tp boleh ke hidup menetap di sana? So sama jgklah gayanya bila bangla boleh hidup di Malaysia.. sbb mengubah gaya hidup sesuai sbg pendatang

    Cmtu juga rakyat Malaysia di Singapore.. mereka ubah gay ahidup spy sesuai dgn negara jiran..tp malangnya di negara sendiri taknak ubah gaya hidup,..,nk berlagak mcm menteri..itu masalah kerja kosong Bangla yg kena isi..

    simple math mcm tu pun debat mcm nak pecah dewan.. keja nk manipulasi je puak2 anti Krjn ni!

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.