Terkini

Sabtu, 20 Februari 2016

Majikan Sektor Pekerjaan 3D Tidak Puas Hati Keputusan Kerajaan Beku Pengambilan Pekerja Asing

pekerja-asing-pembinaan

Keputusan kerajaan Malaysia membeku pengambilan pekerja asing masuk ke negara ini yang diumumkan semalam mendapat bantahan daripada persatuan majikan-majikan tempatan.

Kerajaan diminta supaya mengkaji semula keputusan tersebut kerana dikhuatiri boleh menggugat daya saing negara.

Datuk Seri Choot Ewe Seng yang mewakili Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang berkata, antara sektor yang paling terkesan akibat keputusan itu adalah pembinaan, pengeluaran dan perkhidmatan yang bergantung kepada buruh asing.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan bagaimana keputusan membeku pengambilan pekerja asing ini boleh memberi kesan terhadap industri terlibat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemborong Bahan Binaan Malaysia Pulau Pinang, Datuk Lim Kai Seng pula berkata, lebih sejuta pekerja asing di negara ini di mana 30,000 daripadanya bekerja di negeri berkenaan dengan pendapatan antara RM1,500 dan RM2,500 sebulan.

Beliau turut bertanya mengenai nasib pekerja asing yang ada sekarang sekiranya permit pekerjaan mereka ditamatkan. 

Dakwa beliau, keputusan terbaru yang dibuat kerajaan ini tidak jelas, sekiranya permit pekerja asing ini tidak boleh diperbaharui semestinya mereka ini perlu dihantar pulang sekaligus akan merencatkan sektor pembinaan.

Manakala di Johor pula, Presiden Persatuan Usahawan Malaysia, Datuk Seri Chen Kim Hock berkata, keputusan kerajaan itu akan menyebabkan majikan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan untuk menggaji rakyat tempatan bagi menggantikan buruh asing.

Katanya, sektor pembinaan menggunakan pekerja asing kerana rakyat tempatan menuntut gaji yang terlalu tinggi untuk bekerja di tapak projek pembangunan.

"Situasi ini pasti akan menyebabkan majikan tidak mempunya pilihan dan terpaksa menggaji pekerja tempatan dengan meperuntukan kos tambahan," katanya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.