Terkini

Ahad, 24 Januari 2016

Johor Bakal Miliki Bandar Sukan Sendiri

jdt-sport-city.jpg

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah penempatan berorentasikan sukan dengan nama Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk dijadikan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim.

Bernama melaporkan, bandar sukan yang bakal dibangunkan itu akan menjadi pusat sukan di mana akan ada tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT.

Tambah Ismail, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain disediakan seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT.

Menerusi satu entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, Ismail turut memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim turut berkenaan memberikan sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baru.

Bagaimanapun, Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor tidak menyatakan jumlah dana yang bakal disumbangkan.

Ismail berkata, walaupun ramai pihak yang mengkritik usaha pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk membangunkan pasukan JDT menjadi antara kelab yang disegani di Asia, usaha baginda kini mendatangkan hasil lumayan kepada pasukan selatan tanah air itu.

Pada 10 Januari lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberikan dana sejumlah RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan 'Bangsa Johor' serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.