Terkini

Selasa, 26 Januari 2016

Najib 'Lulus Ujian' Pertama Sebagai Perdana Menteri

najib-pm-malaysia

Setelah dikaji dan diteliti dari segenap sudut, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung kes SRC International Sdn Bhd dan dakwaan dana RM2.6 bilion.

Berikutan itu, katanya, ketiga-tiga kertas siasatan berkaitan akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa untuk ditutup.

Memetik laporan Bernama, Mohamed Apandi berkata, beliau telah mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta maklum balas berkaitan klarifikasi dipohon sebelum ini berhubung satu kertas siasatan dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang dikemukakan kembali kepadanya SPRM.

Ketika diminta mengulas mengenai siasatan dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion, Apandi berkata, beliau berpuas hati berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri adalah merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya tanpa apa-apa balasan.

Jelas beliau lagi, keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pihak SPRM sendiri dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada perdana menteri secara peribadi.

Peguam Negara turut berpuas hati keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan dan mendapati tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.