Terkini

Rabu, 20 Januari 2016

Muhkriz Tiada Pilihan Selain Berundur

mukhriz-mahathir-undur

Mejoriti pimpinan Umno Kedah hari ini secara terbuka menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menerusi sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar, mereka menggesa campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media tergempar itu juga, Ahmad Bashah berkata seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Najib membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Jelas Ahamd Bashah lagi, antara sebab seluruh pimpinan dan wakil rakyat Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah adalah kerana beliau gagal untuk menyatupadukan Umno dan jentera parti di semua peringkat, selain tiada sebarang perancangan strategik untuk menghadapi PRU ke-14.

Pada sidang media itu juga turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Datuk Md Rozai Safian (Pendang).

Turut tidak ketinggalan hadir sama pada sidang media itu juga ialah kepimpimpinan sayap negeri iaitu Ketua Pemuda, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin; Ketua Wanita, Datuk Maznah Abd Hamid dan Ketua Puteri, Datin Norhashimah Md Nowar.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.