Terkini

Ahad, 29 November 2015

Pihak Berkuasa Thailand Beri Kebenaran PDRM Siasat Justo

khalid-thai-polis-justo

Pihak berkuasa Thailand dimaklumkan telah bersedia menerima kehadiran pegawai polis dari Malaysia bagi menyoal siasat Xavier Andre Justo berhubung siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang membuat persiapan dan dijangka ke sana (Thailand) dalam masa terdekat.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dilakukan antara PetroSaudi dan 1MDB. Kes tersebut juga turut dikaitkan dengan beberapa individu dari Malaysia yang didakwa bersubahat melakukan sabotaj terhadap syarikat milik kerajaan itu.

Mengenai kes pertemuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram II, Khalid berkata pihak polis juga akan memanggil Anggota Parlimen Batu, Tian Chua bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau menjelaskan bahawa pihak polis telah merakam percakapan Nurul Izzah di Bukit Aman. Katanya lagi, pihak polis akan memanggil Tian Chua pula untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Khalid turut menegaskan sekiranya kedua-dua individu tersebut didapati terbait atau mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dari Filipina itu, mereka akan disiasat dan didakwa  di bawah 124L Kanun Keseksaan kerana percubaan sabotaj.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.