Terkini

Ahad, 29 November 2015

JDT Gagal Pertahan Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri

jdt-felda-utd

Kekalahan 2-1 di tangan Felda United dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di laman sendiri semalam membuatkan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa melupakan hasratnya untuk menambah koleksi trofi kejuaraan musim ini.

Kemenangan bergaya Felda United ini juga turut memberi tamparan hebat kepada JDT apabila rekod tanpa kalah di laman sendiri yang dipertahan selama ini berjaya dirobek oleh pasukan pelawat.

Menerusi kekalahan ini sekali gus menyaksikan JDT terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada kempen kali ini apabila disingkirkan 3-2 secara agregat kepada FELDA selepas pertembungan pertama pada Selasa lalu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Gol pertama perlawanan hadir seawal minit ketiga menerusi jaringan  penalti Felda United hasil tendangan pemain import, Thiago Augusto Fernandes.

Felda United dianugerahkan penalti selepas bola daripada sepakan sudut Christie Jayaseelan terkena tangan Hariss Harun di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah pantas menggandakan asakan untuk mencari mata kemenangan. Namun, persembahan cemerlang penjaga gol pelawat, Farizal Harun berjaya menghampakan beberapa peluang terbaik JDT.

Setelah berusaha keras, gol yang dicari-cari JDT akhirnya muncul pada minit ke-50 hasil rembatan leret Safiq Rahim menerjah gawang Felda United.

Begaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila gol kedua yang juga gol kemenangan hasil gerakan cantik Zah Rahan Krangar berjaya membolosi pertahanan JDT  pada minit ke-76.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. kamu dari mana?
    sy dari johor..
    tak nampak mcm org johor pun
    abih tu, tak kan nak bawa piala malaysia
    memang tak payah bawak.. kau dah kalah.. hah marah marah marah

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.