Terkini

Isnin, 30 November 2015

Harga Bahan Api RON95 Turun Lagi

minyak-ron95-turun

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada Isnin dilaporkan berkata, harga bahan api RON95 bagi Disember ini menyaksikan pengurangan sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presidenya, Datuk Zulkifli Mokti berkata harga RON97, diesel dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada harga RM2.45, RM1.90 dan RM2.00 seliter.

Pada Disember tahun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menetapkan harga petrol dan diesel mengikut kaedah apungan terurus.

Menurut tinjauan yang dilakukan di laman sosial, rata-rata warga Netizen menyambut baik berita penurunan harga bahan api tersebut dan berharap agar harga semasa bahan api  terus kekal rendah pada bulan-bulan berikutnya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.