Terkini

Selasa, 1 Disember 2015

Memupuk Semangat Perpaduan Melalui Sukan Berbasikal

tsi-basikal-lasak-1

Berbasikal merupakan satu aktiviti riadah yang menyeronokan jika dilakukan bersama keluarga atau dalam kumpulan yang ramai. Aktiviti berbasikal ini akan menjadi lebih berfaedah sekiranya ia dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal selain untuk memupuk semangat perpaduan.

Pada 28 November lalu, bertempat di tapak Masjid Taman Seri Impian, Kluang, satu acara lumba basikal lasak 'TSI Mountain Bike Jamboree 2015' telah diadakan di kawasan tersebut. Acara ini diadakan bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Hasil kerjasama antara kelab basikal Taman Seri Impian Cycling Team (TSICT) dan Pejabat Daerah Kluang, acara lumba basikal lasak ini berjaya menarik penyertaan dari dalam dan luar negara. Seramai 527 perserta telah mengambil bahagian dengan jarak track lumba sejauh 53km.

tsi-basikal-lasak-2

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk menyemai dan menarik minat  anak muda terhadap sukan basikal lasak dengan harapan ia dapat mengurangkan masalah sosial yang belaku dikalangan anak muda.

Selain itu, dengan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira usia, jantina dan warna kulit, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim melalui semangat kerjasama berpasukan.

Melalui penganjuran perlumbaan basikal lasak yang julungkalinya diadakan ini diharap dapat membuka mata negara-negera luar bahawa rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan basikal lasak serta negara mampu melahirkan ramai pelumba handalan  yang bertaraf antarabangsa.

tsi-basikal-lasak-3

Acara pelepasan yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah disempurnakan oleh tetamu VVIP iaitu YM Tengku Hafiz Bin YM Tengku Dato Hassan. Manakala acara kemuncak perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Muhamad Fuad bin Haji Radzuan.

Dalam acara ini sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Junior 18 tahun ke atas, Terbuka Lelaki, Lelaki Master, Lelaki Veteran dan Wanita. Pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang pingat dan wang tunai.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.