Disediakan oleh
Unknown
9:55:00 PTG
-
0
Ulasan
Menteri Pendidikan, Datuk seri Mahdzir Khalid memberi tahu kepada pemberita hari ini, sekolah-sekolah yang ditutup akibat jerebu tidak perlu menggantikan sesi persekolahan mereka.
Namun, semua guru yang terlibat perlu menyusun semula jadual pembelajaran untuk murid-murid serta menggunakan budi bicara masing-masing bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh sssi persekolahan 2015
Jelas beliau, keputusan itu dibuat supaya tidak membebankan pihak pengurusan sekolah menggantikan sesi penutupan tersebut.
Beliau turut memaklumkan peperiksaan awam akan tetap diteruskan mengikut jadual sekiranya keadaan jerebu masih berpanjangan.
Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 12 hingga 15 Oktober ini, Sijil Pelajaran Malaysia (2 Nov hingga 8 Disember), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari 19 hingga 27 Oktober.
Mahdzir berkata, penangguhan peperiksaan awam adalah pilihan terakhir sekiranya bacaan IPU mencapai 500 iaitu tahap berbahaya kepada kesihatan dan darurat diisytiharkan oleh kerajaan.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan telah menutup sejumlah 4,561 buah sekolah dari sembilan negeri melibatkan 2,617,432 murid kerana bacan IPU mencecah bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat sejak 15 hingga 30 September lepas.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.