Terkini

Ahad, 4 Oktober 2015

Perkahwinan Bawah Umur Boleh Mengundang Pelbagai Masalah

Rohani-Abdul-Karim

Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejumlah 841 perkahwinan bawah umur 18 tahun direkod di negara ini tahun lepas yang membabitkan 127 perkahwinan pasangan beragama Islam manakala bakinya perkahwinan pasangan bukan Islam yang didaftarkan di bawah agensi tersebut.

Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perkahwinan bawah umur di kalangan remaja terlalu muda di negara ini tidak digalak kerana dianggap melanggar hak asasi kanak-kanak selain menjejaskan kesihatan.

Jelas beliau lagi, apabila remaja perempuan yang terlalu muda ini mengandung, ia bakal mengundang pelbagai risiko penyakit pada diri mereka, antaranya ialah penyakit kanser dan dikhuatiri juga tidak dapat menanggung beban semasa bersalin dan berkemungkinan anak yang lahir tidak dapa membesar dengan sempurna.

Rohani berkata dari perspektif sebagai individu pula, golongan tersebut belum mempunyai pertimbangan dan pemikiran yang matang untuk menghadapi situasi rumahtangga kerana mereka terlalu muda.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.