Terkini

Selasa, 6 Oktober 2015

Penyokong Ultras Malaya Gembira FAM Didenda RM180,000

Ultras Malaya Fam

Ultras Malaya pastinya antara kumpulan penyokong bolasepak tanah air yang paling gembira hari ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diarah untuk membayar denda kira-kira RM180,000 ekoran kekecohan yang berlaku semasa bertemu Arab Saudi pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam, pada 8 September lepas.

Selain dikenakan denda dan mata kemenangan 3-0 diberi kepada Arab Saudi, FAM juga dimaklumkan bahawa perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November  ini diadakan di dalam stadium tanpa penonton.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi FIFA, Jawatankuasa Disiplin badan induk itu turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.

Dalam surat kenyataan itu juga menyebut, FAM didapati bertanggungjawab atas kelakukan penyokong mereka kerana melanggar artikel 6 perenggan 5 Peraturan Piala Dunia Rusia FIFA, artikel 56, artikel 65, 67 perenggan 1 dan artikel 67 perenggan 3 Kod Disiplin FIFA, serta artikel 4 perenggan 2, artikel 29 perenggan 1 (b) dan artikel 2 Annexe C Peraturan Keselamatan Stadium FIFA.

Keputusan yang diambil FIFA itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.