Terkini

Selasa, 6 Oktober 2015

Wakil Rakyat BN Dari Johor Dipanggil Beri Keterangan Bantu Siasatan SPRM

SPRM-mp-BN

Hari ini ramai tertanya-tanya siapakah ahli Parlimen Barisan Nasioanl (BN) dari negeri Johor yang dipanggil memberi keterangan bagi membantu sisatan di pejabat SPRM berhubung kes salah guna kuasa.

Siapakah ahli pelimen tersebut masih lagi menjadi teka-teki hingga sekarang. Namun  khabar angin yang kuat bertiup di laman sosial memberitahu ahli parlimen berkenaan mewakili kawasan Kota Tinggi, Johor.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan,  siasatan terhadap wakil rakyat bergelar Datuk itu dikatakan mempunyai kaitan dengan operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam laporan portal tersebut juga memberi tahu, wakil rakyat yang juga ketua bahagian Umno itu turut diberi kepercayaan sebagai ahli lembaga pengarah GLC berkenaan.

Sehingga berita ini disiarkan, masih belum ada mana-mana pihak tampil membuat pengesahan mengenai siapa atau wakil rakyat dari kawasan mana yang dipanggil mengadap memberi keterangan kepada SPRM pagi tadi.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.