Terkini

Jumaat, 18 September 2015

Takut Tinggal Sendirian di Rumah, Budak 9 Tahun Nekad Terjun Dari Tingkat Dua

kanak-kanak-jatuh-putrajaya

Akibat terlalu lapar dan takut tinggal berseorangan di rumah, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18, Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian oleh ibubapanya dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.

Menurut jiran kanak-kanak itu, beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan tersebut.

Jelas beliau lagi, kanak-kanak perempuan tersebut menangis dan meminta tolong untuk menghubungi ibunya yang sedang bekerja.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Beliau berkata tiada laporan polis dibuat.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.