Terkini

Ahad, 20 September 2015

Anugerah Lensa Johor 2015 Tawar Hadiah Lumayan RM70,000

aksi-jurugambar

Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor buat julungkalinya akan menganjurkan satu pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah lumayan berbentuk wang tunai berjumlah RM70,000 untuk dimenangi oleh sesiapa sahaja.

Dalam penganjuran Anugerah Lensa Johor 2015 ini juga, para peserta dan juga orang ramai turut berpeluang untuk mengikuti bengkel serta seminar berkaitan fotografi yang bakal diadakan kelak.

Muafakat Johor merupakan satu tanda aras kepada penghasilan karya fotografi ini kerana ia memberi gambaran dan imej khusus tentang keunikan, imej atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitaran yang kaya dengan alam semula jadi termasuk flora dan faunanya.

Matlamat utama penganjuran Anugerah Lensa Johor 2015 adalah untuk memupuk minat dan kecintaan masyarakat terhadap segala kunikan dan keindahan yang ada di negeri Johor melalui medium fotografi.

Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dengan mengikut kategori tertentu seperti yang dinyatakan di bawah dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Oktober 2015.

anugerah-lensa-johor

Kategori fotografi yang akan dipertandingkan iaitu :

i) Kategori Institusi Pengajian Tinggi (Monumen Warisan Dan Sejarah)
ii) Kategori Terbuka - Muafakat Johor dan LandskapJohor
iii) Kategori Fotojurnalis - Muafakat Johor
iiii) Kategori Menerusi Facebook dengan tema bebas berkenaan negeri Johor

Para pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, RM7,000 dan hadiah berupa wang tunai berserta cenderamata dan sijil juga akan diberi mengikut ketegori untuk setiap pemenang.  Maklumat pertandingan dan borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web www.jauhar.my atau www.ywj.gov.my atau klik sini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.