Disediakan oleh
Unknown
11:04:00 PTG
-
0
Ulasan
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan kepada pemberita menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mampu membuat bayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini kepada penerima mulai esok (21 Sep 2015).
Jelas beliau lagi selepas merasmikan Majlis Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, rakyat tidak perlu bimbang kerana kedudukan kewangan negara sekarang masih kukuh dan proaktif walau berhadapan dengan krisis matawang.
Pembayaran peringkat akhir BR1M 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 September bersempena sambutan Aidiladha pada Khamis ini.
Melalui pengumuman Bajet 2015, pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat dengan peringkat pertama pada 15 Januari dan peringkat kedua pada 28 Mei.
Dalam pada itu, Ahmad Husni tidak menolak kemungkinan kadar bayaran BR1M akan dinaikkan pada tahun depan untuk semua kategori penerima.
Katanya kerajaan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang lebih utama dan ini termasuk BR1M dalam Bajet 2016 yang dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.
Beliau berkata apa yang sedang dihadapi setiap negara di dunia ketika ialah kejatuhan nilai mata wang masing-masing dan kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dalam menangani perkara itu.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.