Terkini

Selasa, 22 September 2015

Belum Ada Rakyat Malaysia Dijangkiti Penyakit Anjing Gila

vaksin-anjing-gila

Penyakit anjing gila atau jangkitan virus rabies kisahnya tiba-tiba menjadi hangat dan viral di laman sosial apabila kerajaan negeri Pulau Pinang melalui ketua menterinya Lim Guan Eng mengarahkan pihak berkuasa tempatan membunuh semua anjing liar yang kononya menjadi punca wabak tersebut.

Bagaimanapun tindakan membunuh anjing liar tersebut mendapat bantahan masyarakat yang menganggap perbuatan tersebut sabagai kejam dan tidak berperikemanusian selain ia tidak memberi sebarang jalan penyelesaian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam kenyataanya hari ini mendapati tiada rakyat Malaysia dilaporkan positif jangkitan virus rabies .

Jelas beliau lagi,terdapat 12 individu dengan sembilan daripadanya di Perlis, Pulau Pinang (dua) dan Kedah (satu) yang sehingga kini telah diberi rawatan vaksin akibat digigit anjing yang positif rabies dengan andaian mereka berpotensi untuk dijangkiti.

Menurutnya, mangsa gigitan anjing tersebut akan dipantau secara berterusan mengikut protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melihat jika terdapat tanda-tanda dijangkiti memandangkan tiada pengesahan klinikal yang boleh dilakukan bagi mengenal pasti penyakit itu.

Berkata kepada pemberita, pengesahan secara klinikal hanya boleh dibuat apabila seseorang itu telah meninggal dunia dengan memeriksa sampel otak.

Simptom-simptom awal jangkitan rabies terhadap manusia adalah sakit atau kebas pada kesan gigitan anjing dan seterusnya boleh mengalami kelumpuhan secara berperingkat sehingga menyebabkan kematian. Pesakit juga akan takut pada air (hidrofobia) kerana tidak dapat menelan makanan dan air akibat kelumpuhan pada otot dan air liur akan mengalir keluar seperti anjing.

Kementerian Kesiahatan menasihatkan orang ramai terutama di tiga negeri terbabit agar menjauhi anjing liar dan segera mendapatkan rawatan jika digigit atau terkena air liur anjing. Bagi yang memlihara anjing pula diminta mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar.

Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus yang boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan oleh anjing yang dijangkiti rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti rabies.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.