Terkini

Rabu, 23 September 2015

SUK Johor Jelaskan Kekeliruan Berhubung Titah Penurunan Jalur Gemilang

Datuk-Ismail-Karim-Suk

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim tampil membuat kenyataan menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang tersebar di laman sosial berhubung titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penurunan bendera Jalur Gemilang di negeri ini.

Datuk Ismail Karim menjelaskan bahawa titah tersebut hanya merujuk kepada bendera-bendera yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan bukan Jalur Gemilang yang sedia terpasang seperti yang terdapat di bangunan-bangunan kerajaan.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya,  titah penururnan Jalur Gemilang tersebut tidak ada kena mengena dengan spekulasi pihak tertentu yang menginginkan Johor keluar dari Malaysia.

Jelasnya lagi, titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan telah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Dalam kenyataanya kepada pemberita di Kota Iskandar, adalah amat mustahil untuk negeri Johor keluar dari Malaysia setelah perjanjian untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan dimetrai. Jika sekalipun ada pihak mahu Johor keluar dari persekutuan, pasti proses berkenaan terlalu rumit dan akan mengambil masa yang panjang.
   
Setiausaha Kerajaan Negeri itu mengulas mengenai penyebaran surat penurunan bendera Jalur Gemilang yang dikeluarkan pejabat daerah Segamat kepada semua ketua jabatan di daerah berkenaan baru-baru ini.

Orang ramai diminta merujuk kepada kerjaan negeri sekiranya timbul sebarang isu atau kekeliruan. Dalam pada itu, pihaknya sedang dalam proses mewartakan 10 bendera daerah dalam masa terdekat ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.