Terkini

Rabu, 23 September 2015

Stesen Kereta Api Laju Jepun Haramkan Penggunaan Monopod Selfie

Bullet Train Japan

West Japan Railway atau JR West telah mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan kayu selfie atau 'monopod' di 1,195 stesen syarikat itu, termasuk kawasan kereta api laju Shinkansen.

Larangan penggunaan kayu selfie tersebut dibuat kerana ia dikuhatiri akan menjejaskan wayar di bahagian atas kepala, memandangkan rekaan stesen dilakukan sebelum kayu selfie dicipta. Selain itu, tindakan menggunakan alat itu mengganggu kelancaran penumpang keluar dan masuk.

Warga Jepun sememangnya suka bergambar, hinggakan telefon pintar, media sosial dan kayu selfie menjadi amat popular di negara itu.

Justeru, selain telefon pintar, kayu selfie menjadi alat yang sangat biasa dilihat di destinasi pelancongan Jepun.

Ini kerana perjalanan di negara itu tidak lengkap tanpa gambar kenangan berkumpulan berlatarbelakangkan tarikan terkemuka seperti kereta api laju dan jenis makanan yang mungkin ditemui.

Menurut laporan agensi berita tempatan, rata-rata penggemar selfie di negara yang terkenal dengan jolokkan  negera 'Mata Hari Terbit' itu akur dengan larangan tersebut. Bagaimanapun paraturuan yang ditetapkan itu tidak menghalang mereka menangkap gambar selfie untuk diabadikan sebagai kenangan.
monopod-japan
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.