Disediakan oleh
Unknown
11:11:00 PG
-
0
Ulasan
KLUANG merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 kilometer dari utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, Barat Mersing dan selatan Segamat.
Keluang juga merupakan bandar ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat.
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu iaitu 'Keluang' yang membawa maksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad lalu. Tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.
Pembukaan Kluang berhubung rapat dengan usaha pembinaan jalan kereta api Johor. Stesen-stesen kereta api kecil telah didirikan sepanjang perjalanan dari utara ke selatan termasuklah stesen-stesen Batu Anam, Segamat, Labis, Paloh, Chamek, Nyior, Mengkibol, Renggam, Layang-Layang, Kulai, Tebrau dan terminal utamanya di Johor Bahru.
Semua perkhidmatan kereta api antara bandar dari selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen kereta api Kluang.
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910 lagi. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan kereta api mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan bermastautin di bandar Kluang serta kawasan yang berhampiran.
Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510 meter dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia.
Kluang memiliki sebuah hospital daerah, sebuah balai polis daerah dan sebuah balai bomba. Terdapat banyak sekolah rendah, beberapa sekolah menengah dan satu perpustakaan awam, Sekolah Menengah Sains Johor, sebuah sekolah kerajaan berasrama penuh telah dibina di pinggiran Kluang pada tahun 1970-an di sepanjang Jalan Batu Pahat.
Bersambung...
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.