Disediakan oleh
Unknown
10:31:00 PTG
-
0
Ulasan
BERNAMA hari ini melaporkan sekolah-sekolah di Johor, Terengganu dan Kelantan dibuka seperti biasa esok selepas berakhirnya cuti persekolahan selama seminggu.
Setakat jam 4 petang tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih di bawah 200 di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah bagi negeri-negeri berkenaan perlu memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.
Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya bacaan IPU mengalami perubahan kepada keadaan tidak sihat (IPU 101-200) atau sangat tidak sihat (IPU 201-300), pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing berdasarkan Surat Siaran KPM Bil 17 Tahun 2-13 bertarikh 7 Ogos 2013 bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid sekolah yang berada dalan kawasan jerebu yang kritikal.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Md Jais Sarday meminta pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di negeri ini supaya sentiasa berkongsi maklumat semasa mengenai jerebu bagi memudahkan ia dimaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa.
Dalam satu kenyataan lain pula, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Aminudin Adam berkata, pihak pengurusan sekolah boleh menutup sekolah esok (Ahad) sekiranya bacaan IPU di empat kawasan yang sebelum ini terjejas teruk akibat jerebu iaitu Pasir Gudang, Kota Tinggi, Muar dan Johor Baharu meningkat semula hingga mencapai bacaan 200.
Setakat 5.30 petang tadi, bacaan IPU di empat kawasan itu menurun dengan Pasir Gudang mencatatkan 83, Kota Tinggi (64), Muar (95) dan Johor Baharu (83).

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.