Disediakan oleh
Unknown
8:35:00 PTG
-
0
Ulasan
Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam menggesa majikan di dalam sektor swasta untuk menimbangkan pemberian cuti tanpa rekod kepada pekerja mereka yang terjejas akibat jerebu sehingga kualiti udara pulih kembali.
Menurut Balasubramaniam, pelepasan ini perlu diberi kerana ia dapat mengurangkan kesukaran yang dihadapi pekerja berikutan cuaca berjerebu yang semakin buruk.
Jelas beliau lagi, para majikan di sektor swasta perlu menunjukkan sikap prihatin mereka dengan memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja sekiranya keadaan jerebu semakin buruk.
Bercakap kepada sebuah agensi berita tempatan, adalah menjadi tanggunjawab sosial bagi majikan untuk menjaga kebajikan pekerja mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan, termasuk cuti tanpa rekod semasa cuaca jerebu.
Beliau juga berharap sekiranya terdapat pekerja yang tidak dapat hadir bekerja semasa tempoh kritikal ini, pihak majikan tidak akan mengambil tindakan yang drastik terhadap mereka.
Beberapa pengguna media sosial yang bekerja di sektor swasta di kawasan terlibat dengan jerebu teruk turut tidak berpuas hati apabila pelepasan cuti hanya diberi kepada pelajar sekolah. Ada di antara pengguna media sosial ini memuat naik status berbentuk sindiran di laman Facebook mereka berbunyi 'Bukan murid sekolah sahaja ada paru-paru, kami pun ada juga'.
Dalam satu kenyataan lain, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat ditutup pada Isnin.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu pada Ahad, sekolah-sekolah yang terlibat ialah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan selain dua bahagian di Sarawak iaitu Sri Aman dan Samarahan.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.